Tuesday, February 3, 2015

Januari telah Berlalu , Februari Kini Menjelma

Assalamualaikum,

Ya Allah lamanya nk update tak terupdate, dengan keadaan sekarang ni,
balik keje je sakit kepala , nak tidur.
Kekadang kesian la incik suami kita, sbb kita asik minta belikan tapau nk makan kat rumah
Dah jarang plak masak makan malam.

Alhamdulillah Januari berlalu dengan lancar.
Januari bulan yang paling ramai orang beranak dalam family saya.



6th Jan - Abg Yus ( abg ipar )
25th Jan -  Abah Sayang
26th Jan - SAYA YANG COMEY
28th Jan - Aleesya dan Ikhwan ( Anak Sedara )

Selamat Menyambut ulang tahun kelahiran kepada semua.
Semoga tahun ini menjadi tahun yg lebih baik dari tahun2 yang lepas.
Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Ameen.

Alhamdulillah tahun ni saya menyambul ulang tahun kelahiran yg ke 26.
Menyambut tahun kelahiran dengan orang baru dalam hidup.
Dengan hadiah yg paling tak ternilai dari Allah
Tiada apa lagi yang sy mahu. Semua dan segalanya lengkap dalam hidup saya.

Terima kasih incik suami yang bawa belanja dinner kat WonderMilk.
Terima Kasih untuk ucapan yang paling sweet di FB (mcm xcaya itu laki kita,)
Terima Kasih untuk segalanya. I love you as much as u love me.

Semoga Allah sentiasa lindungan kita sekeluarga...
Ameen ya Rabb.....


nota kaki : xsabar menunggu orang baru dalam hidup kita. 

Sunday, January 4, 2015

2014 melabuhkan tirainya

Assalamualaikum wbt.

Tahun 2014 telah pun melabuhkan tirainya, pergi meninggalkan kita semua dengan penuh kenangan suka dan duka,

Ada yang menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka
Ada yang bertambah tanggungjawab kepada keluarga
Ada yang mendirikan rumahtangga
Ada juga yang telah tamat belajar dan mula mendapat kerja

Namun jangan kita lupa,

Dalam gembira ada yang berduka
Dalam ketawa ada yang bersedih hiba
Dalam riang ria ada yang menangis tidak terkata.

Kerana ,
Dalam kita menerima orang baru , ada orang yang kehilangan orang2 yang tersayang,
Dalam kita mendirikan rumahtangga, ada orang yg berduka kerana berpisah tanpa dipinta
Dalam kita taman belajar dan mula bekerja, ada yang sedang berusaha mencari kerja yang kene pada jiwa.

Semua orang mengharapkan 2015 menjadi lembaran baru yang bakal mencipta khabar gembira
Walau kita sudah boleh mengagak 2015 bakal menjadi tahun mencabar buat semua
Namun harapan dan semangat harus juga kita terapkan pada diri kita
Apa jua cabaran yang mendatang haruslah kita lalui jua
Kita harus berusaha dan redha dengan apa yg ditetapkanNya
Jangan pernah berhenti berdoa
Jangan pernah berhenti berharap kepada yang Esa
Kita ada Allah yang maha berkuasa, jika tidak pada dia, langsung pada siapa?
DIA lah segalanya.
Sama2 kita berdoa, berharap, berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam....

Selamat Tinggal 2014
Selamat Datang 2015

Friday, September 19, 2014

Sahabat

Salam,

Lamanya xupdate, xde masa plus xde mood and xde idea.
Hehehe,,,

ini sekadar nak berkongsi rasa seorang sahabat lah kan
Apa rasa bila dilupakan,
Secara jujurnya xkesah mana pun,
Bak Kata DR.M Melayu mudah lupa

Nasib ko lah kan, sapa suh kawan2 ko semua melayu.
hahaha..
Kekadang rasa menyesal sbb kemana2 pergi mesti aku ni ingt kawan.
Ada satu masa nih, aku dah beli tiket flight, nk ke satu destinasi
Sanggup aku tukar plan bila kawan2 aku nk join,
So semua iternary aku ubah ikut jadual tket sampai and balik dorg.
SANGGUP DEMI SAHABAT

Tapi bila dorg nk plan apa2,
senyap2 terus p...
sedar2 gambar dalam FB and IG je
pehh memula sentap tp pk2
Allah nk tunjuk nilai persahabatan kita tuh mcm mana...

Bila aku tny, kompem depa akan jawab,
" Sorry aku pun org ajak, Plan last minute, xkan aku memandai nk ajak ko plak kan,, "
Rasanya itulah jawapannya..

Skema jawapan dah ada dalam poket aku yg ada stock2 member cm nih.
Pesanan ikhlas aku,

Biarkan depa lupa kita, xpyhlah kita lupa depa.
Susah senang kita, kwn2 cmni olok2 je amek tahu....
 Sooooooooo.. aku xkesah ....

Just get your life.. move on je..xpyh nk come back minta maaf bagai k

IKHLAS TULUS MURNI
elly :)