Assalamualaikum wbt.
Tahun 2014 telah pun melabuhkan tirainya, pergi meninggalkan kita semua dengan penuh kenangan suka dan duka,
Ada yang menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka
Ada yang bertambah tanggungjawab kepada keluarga
Ada yang mendirikan rumahtangga
Ada juga yang telah tamat belajar dan mula mendapat kerja
Namun jangan kita lupa,
Dalam gembira ada yang berduka
Dalam ketawa ada yang bersedih hiba
Dalam riang ria ada yang menangis tidak terkata.
Kerana ,
Dalam kita menerima orang baru , ada orang yang kehilangan orang2 yang tersayang,
Dalam kita mendirikan rumahtangga, ada orang yg berduka kerana berpisah tanpa dipinta
Dalam kita taman belajar dan mula bekerja, ada yang sedang berusaha mencari kerja yang kene pada jiwa.
Semua orang mengharapkan 2015 menjadi lembaran baru yang bakal mencipta khabar gembira
Walau kita sudah boleh mengagak 2015 bakal menjadi tahun mencabar buat semua
Namun harapan dan semangat harus juga kita terapkan pada diri kita
Apa jua cabaran yang mendatang haruslah kita lalui jua
Kita harus berusaha dan redha dengan apa yg ditetapkanNya
Jangan pernah berhenti berdoa
Jangan pernah berhenti berharap kepada yang Esa
Kita ada Allah yang maha berkuasa, jika tidak pada dia, langsung pada siapa?
DIA lah segalanya.
Sama2 kita berdoa, berharap, berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam....
Selamat Tinggal 2014
Selamat Datang 2015
1 comment:
yeyyy,updated...hahahha
Post a Comment